Wednesday, July 17, 2013

ALL ABOUT ME



Nama aku…..ermmm nak bagitahu ke tak erk….tak payah la kot…aku nak rahsiakan..(jangan marah erk)…korang boleh cal aku Cik Daun je… Umur aku dah 26 tahun pada tahun 2013 ,lahir plak pada tanggal 26 june 1987 (Jumaat) di Parit 9 Sungai Besar Selangor…mak aku kata aku lahir pada tengahari Jumaat, pada hari tu mak aku kata sepatutnya aku dah kaur awal but tak macam mana aku taknak kuar plak..heheheehe..nenek plak suruh mak mkn tebu merah, biasa la orang tua-tua dulu banyak aje petuanye…so dengan izin Allah aku pun lahir la pada tengahari  jumaat tu…x dapat la abah pergi sembahyang jumaat…(maafkan Cik Daun Ye Abah)…aku ni boleh dikatakan cubby la juga cz dah dari kecik aku ni montel…dah tak leh nk kurus..tapi tak la gemuk sangat..hmmm..

Aku ni ada 2 orang kakak, dan 2 orang adik , dalam keluarga aku ada 4 perempuan dan 1 lelaki iaitu adik aku.2 kakak aku , orang panggil Azie dan adik aku yang perempuan plak Yayan dan yng lelaki Uwah/Amat/Zul..banyak sangat panggilan namanya..tapi aku panggil Uwah je kadang-kadang Amat. Ofcause  la aku anak no 3…anak yang tengah yang sangat manja dengan Abah..dan paling lama bermanja dengan mak dan abah dan kakak-kakak aku..6 tahun beb, baru dapat adik..kelakar plak bila ingat ,balik waktu aku dapat adik dulu..aku tak suka ada adik..mana tak nye..rasa macam mak n abah dah tak saying aku je..tapi sebenarnya tak pun..mana ada parents yang tak sayangkan anak-anak diorang kn..hope u all paham..okey la forget it bout this..

Continue balik pas aku lahir kat Selangor , parents aku bawa aku balik ke Pahang.. Felda Kumai la tempat aku membesarkan badan aku..hehehehe..aku sekolah rendah kat situ jugak..bila dah umur 13 tahun aku sekolah kat SMK Bandar 32 smpai aku form 3 , bila form  4 aku pindah sekolah kat Selangor…SMK Bagan Terap.Aku blajar kat situ sampai habis SPM.Aku bukan nya pelajar yang cemerlang sangat pun..result cukup makan aje..tapi boleh la aku sambung blajar tingkatan 6..STPM pun x la berapa bagus keputusan aku tu..so x fikir panjang aku pun kerja la..

Part kerja ni, aku start kerja pas habis STPM..ala kerja pasaraya aje..fist aku just jadi jurujual aje pas itu aku diberi peluang kerja dalam ofis..ehemm nama aje ofis tapi tetap balik malam juga.aku kerja sana selama 6 tahun setengah..dapat la aku kumpul harta sikit motor Lagenda dan kereta aku..sekarang aku dah tak kerja sana lagi..(korang tak yah tahu la nape aku behenti erk…apa?? Nak tahu juga?? Ok..ok..ok..actually aku sebenarnya tak puas hati dengan pengurusan kat situ..banyak menindas orang..hmmm..forget it la..malas nak kenang lagi..

So sekarang aku dah tak kerja dan sedang mencari-cari kerja la sekarang ini…hmmm…argghhh tension betul la…ye la bukan senang nak cari kerja sekarang ni…pening kepala otak aku ni..hmm…aku tak leh nak putus asa..kena cari kerja juga..dah 2  minggu aku resign ni habis sakit-sakit badan aku ni..tak tahu nak wat ape..

P/S: disebabkan aku tak tahu apa akan jadi pass ni , so aku berhenti sampai sini dulu..nanti ada cerita menarik aku continue lagi..ala anggap macam commercial break aje la (betul ke aku cakap ni)….sorry ye korang semua

No comments:

Post a Comment